Thursday, October 1, 2009

Lelaki dan Kesihatan Seksual

Isu kesihatan lelaki adalah sesuatu yang menjadi pantang larang untuk dibincangkan secara terbuka suatu masa dahulu. Punca utama mungkin disebabkan persepsi sebahagian daripada kaum lelaki bahawa masalah 'kejantanan' ini adalah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh dikongsi. Namun dengan peredaran masa, perkara ini sudah semakin berani diperkatakan secara umum. Dengan adanya teknologi dan penemuan baru yang canggih pada masa ini, harapan baru dapat diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah seperti ini.

Bagaimana bahagian kelamin lelaki berfungsi

Bahagian kelamin lelaki (zakar) adalah terdiri daripada otot yang bertindak balas dengan isyarat yang dihantar oleh otak berpunca dari rangsangan fikiran atau deria. Isyarat yang diterima menyebabkan darah masuk ke bahagian pembuluh sehingga penuh dan terperangkap di dalam "corpora cavernosa". Darah yang terperangkap ini akan dilepaskan setelah ejakulasi berlaku, iaitu proses melepaskan air mani dari "testicle" (buah zakar) keluar melalui urethra
Kegagalan bahagian ini untuk mengekalkan ketegangan (ereksi) semasa melakukan hubungan kelamin selama yang perlu adalah dinamakan "erectile dysfunction"atau dalam Bahasa Melayu dipanggil mati pucuk. Ejakulasi berlaku apabila rangsangan telah sampai ke kemuncak melepasi titik yang boleh dikawal.


Pelbagai masalah berkaitan dengan ejakulasi
Di Amerika Syarikat, adalah dianggarkan 30 juta lelaki yang mengalami masalah untuk mendapat dan mengekalkan ereksi mereka semasa hubungan kelamin sehingga pasangan mereka mencapai klimaks atau orgasm. Terdapat pelbagai jenis masalah yang berkaitan dengan ereksi ini seperti ejakulasi pramatang, priapism dan ejakulasi berdarah.


Ejakulasi pramatang

Hubungan kelamin yang sempurna berlaku apabila kedua-dua pihak mencapai kepuasan yang dikehendaki. Kegagalan pihak lelaki melambatkan ejakulasi sehingga pihak wanita mencapai 'matlamat'nya dipanggil ejakulasi pramatang.

Menurut statistik di Amerika Syarikat, sehingga 30% di kalangan kaum lelaki mengalami masalah ini tidak kira peringkat usia. Antara punca masalah ini adalah kurang pengalaman dalam melakukan hubungan kelamin (terutamanya kepada mereka pada usia muda), gangguan psikologi, masalah kesihatan seperti diabetes, atau masalah uluran seperti prostatitis.

Terdapat pelbagai terapi untuk masalah ini termasuk teknik fizikal dan pengambilan ubat.

Tiga teknik fizikal yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah:

1. Teknik Berhenti dan Tekan

Caranya adalah apabila terasa seperti ejakulasi pramatang akan berlaku, berhenti dan tekan bahagian hujung zakar dengan ibu jari dan dua jari lagi selama 20 saat. Ulangi apabila perasaan yang sama dialami sehingga ejakulasi boleh ditunda tanpa perlu memicit.

2. Teknik Mula dan Berhenti

Ini lebih kepada teknik latihan di mana pasangan akan memberi rangsangan tanpa hubungan kelamin dan berhenti apabila terasa ejakulasi akan berlaku. Ulang beberapa kali untuk membiasakan dengan tindakan mem'brek' sebelum berlaku ejakulasi

3. Latihan Kegel

Latihan ini asalnya bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami masalah sukar mengawal kencing di kalangan kaum lelaki dan wanita. Ia melibatkan otot-otot yang mengawal air kencing daripada keluar melalui kemutan. Latihan ini boleh didemonstrasi semasa membuang air kecil di mana air kencing ditahan dan dilepaskan beberapa kali sehingga selesai. Latihan ini dilakukan pada bila-bila masa di mana otot-otot ini dikemut selama 10 saat, dilepaskan selama 10 saat, dilakukan dengan diulang sebanyak 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.

Teknik-teknik fizikal ini adalah mudah dan selamat, dan telah berjaya memmantu 60% hingga 90% lelaki yang mengalami masalah ejakulasi pramatang. Namun begitu, ia memerlukan masa untuk berjaya dan kerjasama kedua belah pihak, sebaik-baiknya dengan bimbingan pakar terapi. Ini menyebabkan teknik pengambilan ubat lebih menjadi pilihan, walaupun perlu mendapatkan nasihat pakar bagi mengelakkan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubat tersebut.


Ejakulasi tertunda
Ia mungkin berpunca daripada masalah psikologi atau fizikal. Pengambilan alkohol, ubat dan penyakit diabetes adalah antara punca yang biasa kepada masalah ini.


Ejakulasi yang sakit atau berdarah
Ia mungkin berpunca daripada prostatitis, jangkitan pada sistem pembuangan air kecil atau masalah uluran yang lain

Priapism
(Sumber: Mingguan Malaysia)
Ini adalah keadaan di mana kemuncak klimaks atau orgasm telah dicapai dengan pelepasan air mani keluar daripada urethra, tetapi darah di dalam "corpora cavernosa" tidak dapat keluar untuk zakar kembali kepada keadaan asal. Zakar akan terasa sakit apabila berada dalam keadaan itu lebih daripada 4 jam, dan jika dibiarkan sehingga 12 jam mungkin akan mengakibatkan kerosakan kekal.

Antara perkara-perkara yang boleh membawa kepada masalah ini adalah:
a) penyalahgunaan ubat untuk mengatasi masalah "Erectile dysfunction" (ED)
b) pengambilan ubatan berkaitan dengan antidepresan, darah tinggi, gangguan psikotik, pencair darah dan antikeresakan
c) suntikan pada zakar untuk rawatan mati pucuk
d) penyakit darah
e) kanser atau tumor
f) kemalangan yang mengakibatkan kecederaan tulang belakang dan alat kelamin
g) darah beku
h) radang pada tiub urethra
i) penyalahgunaan dadah
j) keracunan karbon monoksida
k) gigitan labah-labah "Black Widow"



Cara-cara mengatasi masalah "Erectile Dysfunction" (ED) atau mati pucuk

Penemuan baru dalam bidang perubatan telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh kaum lelaki ini.
Antaranya adalah:

1. Pengambilan ubat dengan nasihat doktor seperti Viagra, Cialis (tadalafil), and Levitra (vardenafil)

2. Suntikan pada pangkal atau tepi zakar

3. Suntikan melalui urethra (tanpa jarum suntikan biasa)

4. Pam vakum yang merangsang tekanan dari luar supaya darah dapat masuk memenuhi "corpora cavernosa". Darah kemudiannya boleh diperangkap menggunakan cincin penahan.

5. Cincin penahan yang digunakan di pangkal zakar bersama-sama dengan pam vakum untuk menahan darah daripada meninggalkan "corpora cavernosa" dan mengekalkan ereksi. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan lebih daripada setengah jam, dan perlu ditanggalkan segera jika terasa sejuk, kebas dan pedih di bahagian kelamin.


6. Implan iaitu memasukkan struktur yang bertindak seperti ereksi biasa di dalam sistem uluran

7. Pembedahan vaskular

Anda boleh lihat visual teknik-teknik ini dalam bentuk slaid di Laman Health.com

Anda juga boleh menguji tahap keupayaan seks anda di Laman MedIndia.net


Sumber: AOL Health

Saturday, May 23, 2009

Teknik mengemas beg untuk perjalanan

Adakah anda seorang yang banyak menghabiskan masa di dalam perjalanan. Mungkin untuk menghadiri menyuarat atau berjumpa dengan prospek perniagaan anda di luar negara dengan menaiki kapalterbang, atau sekadar memandu berulang-alik dari Utara ke Selatan negara. Anda mungkin telah ada cara anda sendiri dan telah biasa dengan cara mengemas barang untuk dibawa dalam beg kembara anda. Adakah anda mengalami masalah pakaian yang terlalu banyak untuk dibawa atau berkedut kerana terlalu padat di simpan dalam beg anda.

Di sini ada satu cara menarik untuk anda mengemas pakaian anda untuk di bawa semasa kembara yang mungkin boleh membantu anda. Di dalam contoh ini anda akan menyusun 14 pakaian anda termasuk seluar panjang, seluar pendek atau bermuda, kemeja, dua pasang kasut, pakaian dalam dan aksesori anda di dalam sebuah beg berukuran 22 inci


1. Simpan pakaian dalam, stokin, tali leher, tali pinggang, topi dan aksesori anda di dalam beg organizer di tengah beg dan letakkan kasut (bungkus dengan plastik untuk kebersihan) di bahagian sisi beg seperti dalam gambar




2. Susun seluar panjang seperti dalam gambar dengan bahagian atas seluar berada di sisi beg. Letakkan seluar pendek atau bermuda di bahagian tengak beg.







3. Untuk wanita, skirt dan baju labuh boleh diletakkan seperti dalam gambar





4. Untuk kemeja dan blaus (wanita), susun seperti dalam gambar, dengan bahagian kolar bertemu bahagian sisi beg. Dan bahagian bawah baju terlujur di luar beg. Susankan berselang seli dari arah berlawan, tetapi kolar mesti berada di bahagian hujang dalam beg.




5. Setelah selesai menyusun semua pakaian anda, anda boleh memulakan proses melipat. Walaupun kelihatan seperti tidak muat, anda akan kagum dengan hasilnya nanti. Mulakan dengan melipat bahagian hujung dan lengan kemeja atau blaus ke dalam beg sehingga kelihatan seperti bungkusan di bahagian tengah beg.




6. Kemudian lipatkan baju labuh dan skirt (untuk wanita). Akhir sekali lipat kaki seluar ke dalam beg sehingga semua kelihatan seperti pekej terbungkus di tengah beg anda.





Tahniah! Anda telah berjaya memuatkan 14 pakaian anda bersama kasut dan aksesori anda tanpa perlu menyumbat sehingga padat.




Cara ini sesuai jika anda tidak memerlukan baju yang berada di tengah dan terpaksa membuka lipatan dari awal. Sekiranya anda memerlukan sepasang baju lain dengan segera, anda boleh buatkan lipatan berasingan menggunakan teknik yang sama di bahagian bawah beg sebelum melipat pakaian yang lain. Sekiranya anda ingin mengambil kasut, aksesori atau dua pasang pakaian anda di bahagian bawah tadi, anda hanya perlu mengangkat keluar bundle di bahagian atas tadi dan meletakkan semula selepas selsai. Mudah bukan.

Jika anda masih kurang yakin dengan teknik ini, anda boleh mulakan latihan mengemas cara ini setelah selesai membaca artikel ini. Selamat mencuba


Sumber: Packlight.net

Wednesday, May 20, 2009

Tips penampilan diri

Antaranya:

1. Memakai pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda, sama ada ditempah dengan tukang jahit, atau dibeli di kedai dan disesuaikan dengan badan anda

2. Memakai stokin yang sesuai dengan warna suit atau seluar anda

3. Jangan memakai tali leher yang terlalu kurus

4. Jangan biarkan dompet anda menggelembung kerana terlalu banyak isi

5. Jangan pakai pakaian yang sudah lusuh atau yang berkedut

6. Jangan pakai baju yang berbelang menegak jika anda bukan seorang yang tinggi dan kurus.

7. Pakai lengan panjang dan bertali-leher jika anda menghadiri temuduga atau mesyuarat rasmi

8. Padankan warna talipinggang dan kasut anda

9. Tali leher mesti mencecah bahagian atas talipinggang anda

10. Jangan pakai talipinggang dan suspender (tali penggantung dari seluar ke bahu) pad masa yang sama

11. Pakai pewangi sebelum memakai baju untuk mengelakkan kesan pada baju anda

12. Jaga postur anda untuk kelihatan tinggi dan penuh keyakinan


"Lelaki Metroseksual:
adalah lelaki heteroseksual yang mengambil berat tentang penampilan dirinya dengan pelbagai produk penjagaan dan perapian diri, serta pakaian mengikut fesyen semasa yang berjenama mahal dan bermutu tinggi, sehingga sering disalah-ertikan sebagai seorang yang homoseksual. "



Anda ingin mencuba gaya rambut baru tanpa perlu mengambil risiko? Cuba Gaya Rambut Baru Virtual